melepaskan

Tapi….dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lainHidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan.Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.” ikhlas, kenapa masih menangis?Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha,Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya. Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.Tapi sampai bila?Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Image result for kerana aku sayang kamu saya lepaskan kamu

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

kebahagiaanMove on. Ubah cara hidup kita.Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.Hanya kita yang alpa dan terleka.

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.Hanya perlu yakin.Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Image result for kerana aku sayang kamu saya lepaskan kamu

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?Dekatkan diri dengan tuha dan kita akan dapat jawapan (:

Lukisan hati

Jauh di sudut lukisan hati mempunyai banyak lakaran hati yang telah membuatkan hati menjadi penuh lara dan menjadikan ia seperti duri yang cuba membentuk hati menjadi lebih kuat dan penuh rasa dendam namun atas sifat kasih dan sayang dia memikirkan kepedihan hati yang bakal terluka membuatkan segalanya terbatas 

  

Terimalah Seadanya

Bercakap tentang menerima pasangan seadanya tentulah tentang suami isteri, termasuklah juga tentang tunang dan kekasih.Boleh terima seadanya? boleh? Alah apa nak berkira sangat? Hidup kat dunia ni bukan lama pun. Hidup yang kekal abadi kan kat akhirat?Kat sini kan persinggahan je. Apa nak kira sangat soal lawa ke tak lawa. Dah tua nanti tak lawa juga. Bahkan kalau pasangan lebih lawa dan hensem kadang-kadang lebih menyusahkan..Kalau alasan utama cantik, tak mustahil awak berpisah dengan dia. Tak terpisah secara fizikal pun secara mental.Oleh sebab tu, kita hendaklah menerima pasangan kita seadanya. Anggap lah dia jodoh yang terbaik buat kita. Tapi kalau berlaku pergaduhan, pergolakan hidup itu sebab salah kita. Salah kita bertindak dan salahlah hasil kita dapat.

Ikatan cinta atau ikatan hati  yang telah dibina bertahun-tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga.Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari, biarpun pasangan sudah saling mengenali dan bercinta berbelas tahun.Ada pula suami isteri hanya sekadar pada nama sedangkan makan tidak semeja, tidur tidak lagi sekatil.Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua itu berlaku kerana sudah tidak ada persefahaman.Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.Pasangan suami isteri perlu menyedari pentingnya untuk mengenali dan memahami segala perkara mengenai pasangan masing-masing.

Ini kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilakunya sebenar.Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, begitu juga dengan si dia.Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan dan kelemahannya. Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah.Sudah tentu keadaan ini amat mengecewakan, lama-lama kekurangan keadaan itu akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan,antara punca keretakan rumah tangga di mana rasa tidak puas hati akan mengganggu keharmonian suami isteri.Bagi pasangan yang ingin terus kekal bahagia, mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap yang suka melihat kelemahan antara satu sama lain dan mengamalkan sikap menerima pasangan kita seadanya. Kerana sudah tidak wujud perasaan sayang yang telah lama tersemai tapi hilang begitu sahaja.

‘Menerima’ bermakna mengiktirafkannya seperti mana diri kita sendiri yang ada keistimewaan dan kelemahan, dengan pandangan terbuka di samping saling mengagumi nilai-nilai baik yang ada pada diri pasangan, segala konflik yang timbul akan dapat diatasi.

 ‘Penerimaan’ bermaksud sekadar menerima pasangan sebagai diri beliau seadanya. Kita menerima cara, harapan dan impiannya atau mungkin juga sebagai seorang yang tiada impian.Kita juga perlulah menerima idea, minat dan juga kelemahan suami, termasuklah juga menerima kekurangan dalam personaliti atau apa-apa pegangan terhadap agama atau politik.Dalam situasi ini, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi dirinya yang sebenar. Kita mungkin tidak setuju dengan ideanya, tetapi kita hormati hak si dia terhadap pandangannya itu.Secara ringkas, penerimaan bermaksud menerima si dia sebagai manusia biasa yang memiliki nilai baik dan ada pula kelemahan. Isteri atau suami tidak berasa bimbang dengan kelemahan pasangan kerana dia hanya melihat kebaikan yang dimiliki.

 Untuk membentuk satu institusi keluarga yang harmoni dan bahagia memerlukan pengorbanan ke dua-dua pihak suami dan isteri. Ianya harus disokong dengan sifat toleransi dan sikap faham memahami antara suami isteri, seterusnya dapat menyediakan satu platform yang kondusif dalam membentuk satu keluarga berjaya.

“SINOPSIS TEMAN LELAKI UPAHAN “

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” – KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” – EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri
Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung.

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?

Jangan lupa untuk menonton drama arahan Azma Aizal Yusuf dan diterbitkan oleh Primework Studios

Seperti di alam nyata, bila perasaan benci yang melampau terhadap seseorang tidak mustahil ianya boleh bertukar kepada sayang
Begitu juga dengan Struktur drama Teman Lelaki Upahan yang memuat babak, adegan, dialog, prolog dan epilog perasaan Kyra Lydia lakonan mantap Siti Elizad sebagai seorang yang bongkak terhadap teman lelaki upahannya Ezwan Lutfi yang dilakonkan oleh Ungku Ismail

Sifat keperibadian El (Ezwan Lutfi) yang tulus, jujur dan menyenangkan akhirnya berjaya mengubah pendirian Kyra

Pengakhiran drama Teman Lelaki Upahan pastinya meninggalkan kesan di hati penonton drama tersebut berikutan watak utama dalam drama itu berubah kepada lebih baik. Itulah yang diharapkan penonton

Suami Curang Tidur Dengan Perempuan Lain?What?

2015-03-25.jpg

Lara sentiasa melihat  dan selalu terbaca semua masalah perkahwinan dan majoriti semua x puas hati dgn suami…Atas pengalaman, kaum lelaki bukan teruk sgt tp mereka mampu berubah mnjadi sgt baik dengan sokongan kita..

Bagi Wanita yang inginkan  Tips Mengenali Suami Curang dan Langkah Menangani nya supaya kita tidak la mudah melantah jika suami kita berlaku curang malah kamu kena fikir mcam mana nak selesaikannyqa bukan menunjukkan perasaan tak puas hati.

2015-03-25.jpg

Tips Mengenali Suami Curang dan Langkah Menanganinya

1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Hah! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.

2. Suami pakai dua atau lebih talipon gengam? Ada sesetengah kompeni memang ada memberi kemudahan talipon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu talipon genggamnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan!

3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk, ya! Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula komplen yang anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini! Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa komplen, suami akan bermasam muka.

4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.

5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa! Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan ‘kekasih gelap’nya, jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.

6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah. Ingat, ada tambang murah tiket kapalterbang yang memungkinkan suami melancong bersama ‘kekasih gelap’nya!

7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda? Jangan mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.

8. Suami selalu lewat tidur. Jika dulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, awaslah, jika kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di kaca televisyen dan suami asyik mengerling talipon genggamnya, berwaspadalah. Berkemungkinan suami mahu bermain sms dengan ‘kekasih gelap’nya! Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.

9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”

10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.

Antara tip dan ‘kerja-kerja gila’ yang boleh dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangganya ialah:

1. handphone gengamnya selalu di‘silent’ atau ditutup ketika berada di rumah. Jika ini berlaku, tentu ada sebabnya, berkemungkinan besar ada sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sesekali periksa talipon gengamnya, semak SMS, email dan panggilan telefon suami. Mohon penjelasan secara berhemah tentang sesuatu yang mencurigakan. Jangan mudah menghukum, tetapi tanyalah dengan baik pada masa yang anda berdua selesa.

2. Apa kata anda buat kejutan! Sesekali ambil cuti mengejut dan pergilah melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang berlaku di sana.

3 Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri.Adakah anda seorang isteri yang terobses oleh suami anda? Jika anda tidak risau tentang hal ehwal suami anda sendiri, itu adalah petanda awal bagi keretakan perkahwinan yang dibina. Sayangilah diri dan suami, anda berdua akan kekal bahagia selamanya, Amen!

Nasihat Lara kepada isteri-isteri di luar sana jangan terlalu contol suami anda dan cuba memahaminya supa dia tidak mencari wanita lain untuk bercerita dan akhirnya falling inlove pulak, bukankah itu salah satu puncanya jugak kan..so para isteri berhati-hatilah dengan segala apa yang kita lakukan dan sentiasa mendoakan keharmonian rumah tangga anda..

cik Lara doakan anda semua wahai para isteri 🙂

BERKAHWIN PADA USIA MUDA??

Ramai kalangan anak muda yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan dan ada jugak di kalangan sahabat saya berkahwin muda.

Kahwin muda‘, 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Ia juga dikenali sebagai ‘nikah gantung’. Selain kerana sudah menemui belahan jiwa mereka, satu lagi alasan adalah kerana untuk mengelakkan dosa maksiat. Hakikatnya, nikah gantung memerlukan semangat yang kuat baik dari segi mental mahupun fizikal.

Perlu bersedia luar dan dalam agar hubungan rumah tangga berlangsung seperti biasa. Ramai yang kata seronok berkahwin tetapi usah sekali-sekali lupakan cabaran yang bakal dilalui di masa hadapan.

Adatlah, selagi namanya manusia cubaan dan rintangan sudah tersedia. Lebih-lebih lagi usia masih muda dan sudah punya famili, banyak perkara perlu diambil kira. Oleh itu apa yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Berikut adalah persoalan dan penyelesaian apabila ingin berkahwin di awal usia.

kali ini ciklara nak kongsikan KEBAIKKAN & KELEBIHAN BERKAHWIN  PADA USIA MUDA

1. Mengelak daripada zina

Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepas kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya terjaga.

Baik dari segi syariat, akhlak, agama dan macam-macam lagi. Dari sudut yang lain, ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana sudah ada orang yang sah di sisi agama untuk menjaga keselamatan, keperluan dan kebajikan anak perempuannya.

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang:SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

2. Menjadi lebih bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda

Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?
Tidak dinafi kan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’.

Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan maka dia bukan yang terbaik.

Pertimbangkan untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.

Mengapa Tidak Bertunang Dahulu?
Nyata ia adalah soalan yang popular. Bertunang samalah seperti berpacaran, masih terikat dengan syariat agama kerana keduanya masih bukan mahram yang sah. Segala-galanya terbatas dan ‘lesen’ bertunang itu sebenarnya adalah sekadar adat sahaja.

Mampukah Bahagia ?
Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri sudah berkahwin maka tahulah batasnya maka berakhirlah istilah mencari calon yang yang sesuai atau bertukar pasangan. Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.

Mengapa mencari cinta, sedangkan cinta??

“Mencari arti dari sebuah cinta?! Apalagi yang ingin kau buktikan? Dia sejatinya sudah lama di sana, senantiasa menunggu kabarmu. Menunggumu untuk kembali, Ia tak pernah lelah untuk selalu menunggu, karena dia hanya ingin menghabiskan waktu dengan menunggu kepulanganmu.” Aku menarik nafas panjang dan menatap tajam menembus matanya.

Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia….

sebelum anda menyayangi orang lain anda sayangilah diri dan teguhkan hati dan pendiri supaya kita mudah untuk melatah jika hubungan itu putus di tengah jalan.

Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

#zonlara

Zonlara adalah satu blog yang menawarkan kepada anda karya dan artikel berkaitan cinta-  , tips cinta , kisah cinta , luahan cinta perkahwinan dan banyak lagi.

Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak dapat lari daripada cinta. Cinta adalah kasih sayang yang tidak ternilai. Cinta kepada Allah, cinta kepada nabi, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada pasangan, cinta kepada agama dan juga cinta kepada tanah air.

Tujuan Penubuhan Zonlara

Tujuan asal penubuhan zonlara ini adalah untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah cinta. Bila perasaan itu dipendam di dalam hati lama-lama, ia akan memberikan satu perasaan yang keliru kepada individu tersebut. Dan kebanyakan diantara mereka ini tidak mempunyai tempat untuk diluahkan isi hati yang terpendam.

So, kami disini sudi memberikan pendapat dan bersama-sama mencari penyelesaian untuk masalah tersebut.

Anda boleh luahkan segala isi hati anda kepada kami bukan sahaja masalah berkaitan cinta tetapi pelajaran, rakan-rakan atau apa sahaja yang anda tidak berani luahkan kepada orang lain. Anda boleh percayakan kami. Segala maklumat anda seperti nama dan emel anda tidak akan didedahkan kepada orang ramai. Tetapi fokus kami tetap lebih kepada cinta dan diri .

Selain itu, zonalara juga ingin memberi ilmu tentang cinta untuk menghangatkan lagi perhubungan cinta anda serta agar anda tidak berulang kali mengulangi kesilapan masa silam anda sehingga boleh menyebabkan anda kehilangan orang anda sayangi.

dengan memberi komen atau emailkan kepada cik Lara luahanzonlara@gmail.com

Di Sebalik Tabir

Zonlara dibarisi oleh cik Lara

segala luahan hati atau masalah boleh terus email atau comment di luahanzonlara@gmail.com

4 tempat menarik di TERENGGANU

1. Pulau Redang

Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung diantara Taman Marin Pulau Redang, air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat dilihat

Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam bersejarah: H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam di sini sewaktu permulaan Perang Dunia II, di mana berlakunya pendudukan Jepun di Malaya. Pulau syurga ini sempurna untuk aktiviti snorkel, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak. Memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2km dari pulau kerana Pulau Redang diwartakan sebagai taman marin. Mengumpul terumbu karang dan hidupan akuatik lain adalah dilarang sama sekali. Berjaya Resort menawarkan padang golf dengan panorama yang indah.

Panduan Perjalanan

Menaiki Bot
Mulakan pengembaraan meneroka pulau anda dengan menaiki bot di mana-mana jeti di Kuala Terengganu dan Marang. Masa perjalanan ke Redang ialah satu jam dari Kuala Terengganu dan

2.Pasar Payang

Pasar Utama yang digelar Pasar Payang oleh penduduk tempatan terletak di pinggir Sungai Terengganu River. Ia salah satu tarikan utama pelancong di Kuala Terengganu. Terletak di dalam sebuah bangunan moden, ia menawarkan pelbagai barangan kraftangan seperti batik, sutera, songket, kain broked dan barangan tembaga serta hasil barangan segar.

Pelawat pasar ini akan merasai pengalaman hebat membeli-belah barangan tempatan pada harga berpatutan. Ia tempat terbaik untuk memahami budaya tempatan kerana pasar ini turut menjadi tempat penduduk tempatan berbelanja.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Pasar Payang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu dan mudah untuk anda sampai ke sini walau di mana pun anda menginap.

.

3. Pulau Perhentian

Jangan lupa untuk melawat Pulau Perhentian. Terletak 21km dari pantai Terengganu, ia terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk nelayan, burung penghijrah dan sudah tentu mereka yang menghargai keindahan.

Terletak di hujung Taman Marin Pulau Redang, kawasan terumbu karang Pulau Perhentian yang indah mampu menarik minat penyelam dasar laut.

Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam.

Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih digemari oleh ‘backpacker’. Di sini, anda akan menemui pelbagai pilihan makanan dan penginapan bajet.

Manakala, Pulau Perhentian Besar, lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik. Namun begitu, terdapat juga chalet, asrama dan tapak perkhemahan di kedua-dua pulau.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Dari Kuala Terengganu, naik teksi atau bas ke pelabuhan memancing Kuala Besut. Ia berada kira-kira 1 jam perjalanan ke utara pekan. Jeti berada di sana.

Menaiki Bot
Naik bot di Kompleks Perikanan ke Pulau Perhentian. Perjalanan menaiki bot ke pulau mengambil masa kira-kira satu jam.

4. Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.

Ia juga merupakan empangan elektrik-hidro yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan itu dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia.

Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan.

Ini termasuk termasuk paku-pakis, orkid eksotik, burung kenyalang, gajah, dan harimau kumbang. Ia turut menjadi rumah kepada lebih dari 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuhan dan pokok,800 spesis orkid dan 300 spesis kulat.

Ia adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika tebal.

Ia turut menjadi syurga bagi pengail kerana tasik ini dihuni oleh ratusan spesis ikan air tawar seperti ikan Baung, Toman, Kelisa, Lampam dan Kelah.

Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, pemanduan 4WD dan golf.

Pelbagai jenis penginapan tersedia dari resort 3 bintang, chalet di atas pulau, resort terapung atau bot rumah di mana bilik dan makanan disediakan.

Bot rumah yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.

Tasik Kenyir turut menjadi laluan masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong.

Panduan Perjalanan

Menaiki kereta
Ada beberapa laluan alternatif untuk ke Tasik Kenyir. Jika anda menaiki kereta dari Kuala Lumpur, pandu ke Ajil melalui Lebuhraya Karak ke Lebuhraya Jerengau-Jabor kemudian terus ke Kenyir. Satu lagi laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke jalan raya tepi pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan kemudian ke Tasik Kenyir.

Laluan udara
Anda boleh terbang dengan Penerbangan Malaysia atau Air Asia. Mereka menyediakan penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menaiki teksi terus ke Tasik Kenyir.

Menaiki bot
Ada beberapa pengusaha bot di Jeti Gawi, yang boleh membawa anda menyusuri Tasik Kenyir menggunakan bot rumah kaca bertingkat. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan. Sesetengah agensi pelancongan menawarkan pakej lawatan.

Resepi : MEE JAWA

Bahan-Bahan: 
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris. 

  • 
kelzbelzphotography

My journey - The good, bad and the ugly

BELACAN GIRL CHEESE BOY

"Behind every great man is a woman rolling her eyes" - Jim Carrey

Perjalanan Panjang

Tentang Hidup, Asa dan Cinta

www.penulisan2u.my/

Just another WordPress.com site

Allen Charlie

Nampung Kenang Lemambang

Akimlinovsisa's W.P

"Bekerja cerdaslah daripada bekerja keras" "Senjata yang paling ampuh dalam hidup ini adalah SOPAN SANTUN"

AKADEMI PENULIS BEBAS

Sebuah Travelog Penulisan Dakwah Untuk Semua

%d bloggers like this: